Tuesday, March 27, 2012

Kisah Benar tentang khasiat minyak ikan( Omega Guard)

SALAM
“Ini bukan cobaan ini betul –betul..” =))
*layan jerr
Haaa..dah puas tengok iklan! Udah, meh sini dengar akak nak membebel pulak. Kan aritu  saya  ada cite pasal set hamil Shaklee kat sini. Satu lagi kebaikan nya adalah berat badan semakin turun tetapi masih kekal sehat. Ya betul!! Jangan tak percaya yer. Berat badan saya dari 70kg dah turun jadi 67.5 kg ( last timbang 23/3/2012). Tapi saya tak rasa penat pun macam selalu. Cergas aje badan. Sembelit pun dah okay. Oh, senangnya dalam hatikuuu…:-" .Semuanya adalah sebab Omega Guard ini. Really loves it!!

omegaguard
Mari baca satu lagi pengalaman peribadi dari Mama Arnie:
Ramai yang bertanya tentang kebaikan pengambilan Omega ketika mengandung. Ada juga yang minta saya kongsikan pengalaman saya sendiri memandangkan saya sedang mengandung dan turut mengamalkan suplemen minyak ikan ini. Maka, di sini saya kongsikan pengalaman saya sendiri.*

Saya hanya berpeluang untuk makan suplemen minyak ikan ketika mengandung anak kedua (NeuroGain) dan anak ketiga (OmegaGuard dari Shaklee) sahaja.

Ketika anak pertama, memang 100% suplemen percuma dari Klinik Kesihatan, memang tak dapatlah suplemen minyak ikan. Tambahan pula, sebagai ibu baru yang kurang membaca waktu itu, saya tidak tahu menahu tentang kebaikan minyak ikan buat ibu hamil dan bayi di dalam kandungan.

Apa yang boleh saya katakan ialah perbezaan mengambil atau tidak ambil suplemen minyak ikan ketika mengandung ialah dari segi pertambahan berat badan si ibu. Untuk anak pertama, badan pun masih solid molid lagi, maka pertambahan berat badan memang sangat terkawal lah. Jumlah pertambahan berat badan saya hanyalah 11-12kg.

Untuk anak kedua, masa mula-mula mengandung pun berat sudah beza 2-3kg berbanding awal mengandung anak pertama, jadi saya jangkakan mesti berat bakal cecah 70kg! Namun, Alhamdulillah, jumlah pertambahan berat badan saya tetap juga sekitar 12-13kg, dan di dalam 30 hari pantang sahaja dah boleh turunkan 10kg berat badan (thanks to exclusive breastfeeding!). Berbanding anak sulung, badan memang terasa ringan waktu mengandung anak kedua ini!

Untuk anak ketiga ini, memandangkan jaraknya agak jauh dari kakaknya (bagai mengandung anak pertama, rasanya!), berat badan saya ketika sebelum mengandung pun boleh tahannn!!! Bukan salah suplemen, sendiri yang tak boleh nak kawal pemakanan harian! Jadi, agak risau juga mungkinkah kali ini berat bakal mencecah 70kg apabila cukup bulan nanti?

Namun Alhamdulillah, sejak mengandung baby #3 nie, trimester pertama saya turun 5kg! Berat naik mendadak apabila selera makan datang kembali di mana saya naik 4kg di antara 18w ke 24w (6 minggu)! Saya mula amalkan suplemen Shaklee OmegaGuard ketika 24w ini selepas mendapatkan konsultasi dari Obgyn (refer sini). Manakala, dari 24w ke 34w, berat saya hanya naik 3 kg sahaja (10 minggu)!
Lebih menarik apabila berat saya tidak berubah langsung berbanding check up 2 minggu lepas (ketika 32w)!!!

Pengalaman Sabtu lepas @ 34weeks...
Seperti biasa, lepas berikan urine sample dan timbang berat badan, kami akan keluar breakfast dan datang semula mengikut time yang dicadangkan oleh nurse. Temujanji saya sepatutnya jam 1:30 petang, tapi, saya terima panggilan telefon sekitar jam 12 tengahari dari nurse, untuk datang segera ke hospital. Saya dah agak, pasti doktor risau kerana berat badan saya tak bertambah dalam masa 2 minggu ini.

Mengikut Obgyn, jika berat badan ibu tidak bertambah ataupun mula menurun, itu menunjukkan tanda-tanda hampir bersalin. Ini juga merupakan pengalaman kali pertama buat saya (berat badan tak bertambah).

Alhamdulillah, melalui scan, pertumbuhan baby adalah normal, baik dari segi ketinggian, mahupun dari segi anggaran berat badannya. Walaupun berat badan saya sendiri tidak bertambah berbanding 2 minggu lepas, berat badan baby bertambah sebanyak 300g. Menurut Obgyn, baby akan sentiasa dapatkan nutrien dan lemak dari ibu untuk keperluan dirinya, samaada si ibu makan ataupun tidak. So, in my case nie, baby tolong bakar lemak ibu untuk keperluannya. Dengan kata lain, walaupun berat badan baby bertambah, tidak beri kesan pertambahan berat badan pada ibu kerana pembakaran lemak tadi.
Syukur!!!

Saya bukanlah nak diet sangat waktu mengandung ini, tapi saya notice yang selera makan berkurangan sejak mula amalkan Omega. Saya lebih kerap haus, inginkan minuman sejuk dan buah-buahan sahaja. Saya tetap juga ambil makanan kerana saya wajibkan diri untuk tidak skip mana-mana suplemen demi kebaikan baby dan saya sendiri, terutama Vita-Lea, Vita-C, B-Complex, OsteMatrix, ESP, OmegaGuard, ESP dan Meal Shake.
*Vitamin Set untuk Ibu Hamil
(Set J-1: Trimester 1) dan (Set J-2: Trimester 2 & 3),
dengan opsyen tambahan ESP dan/atau Meal Shake*
Saya ambil suplemen kerana saya tidak mampu untuk dapatkan segala zat secara semulajadi melalui makanan harian. Nak makan pun tiada selera, apatah lagi nak kira jumlah nutrisi? Dan, saya masih perlu makan makanan walaupun beberapa suap, kerana suplemen menyerap dengan baik bersama-sama makanan. Jangan anda ingat bila dah ambil suplemen, kita tak perlu makan nasi langsung, ya! Dah nama pun suplemen = pemakanan TAMBAHAN...

Bak kata kawan-kawan sepejabat, tiada perubahan sangat pada bentuk muka saya - muka menten gitu, perut jerr yang membesar! Jadi, kalau duduk di kubikel sendiri tue (perut termasuk di bawah meja), adakala orang tak perasan pun saya dah sarat mengandung! Tapi bila berdiri, perut memang dah bulat sangat lahhh... Di tambah pula pengambilan konsisten OsteMatrix dan ESP, badan sentiasa bertenaga dan muka pun berseri-seri.
Apalagi kawan-kawan yang sedang hamil tue, jom lah cuba suplemen Shaklee untuk kandungan kali ini? Anda pasti akan rasai perbezaannya...

Owh, saya beritahu tak yang saya memandu 2 jam sehari ulang alik ke ofis, menempuh jammed setiap pagi di NKVE dan Plaza Tol Damansara yang glamour tue? (^_-)

*Tips:
Ibu mengandung hanya perlu ambil sebiji OmegaGuard, sehari sekali sahaja. Pengambilan suplemen minyak ikan akan membuatkan kita berasa sangat haus, dan bibir mungkin menjadi kering jika kurang pengambilan air.

Saya galakkan agar ibu-ibu pastikan pengambilan air kosong yang mencukupi, dan banyakkan makan buah-buahan berserat tinggi seperti betik, jambu batu, dan apa jua buah-buahan kegemaran anda. Selain daripada buah-buahan ini lebih berkhasiat berbanding makanan ringan, sumber serat ini akan bantu menyerap lemak & kolesterol yang dipecahkan oleh Omega tadi, seterusnya air akan bantu angkut "bahan buangan" ini keluar dari badan!
* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Anda mahu tak jadi macam kami?? Smile
contact
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...